Resepi Puding Karamel Sedap

Resepi Puding Karamel yang amat mudah disediakan dan rasanya memang sedap. Sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu dan masa untuk menyediakannya pun tidak terlalu lama.

Bahan-bahannya pun cuma menggunakan bahan asas di dapur sahaja. Puding karamel boleh disediakan dengan melalui dua kaedah iaitu kukus atau bakar dengan cara waterbath. Perbezaannya ialah, cara waterbath menghasilkan puding yang lebih licin dan tidak berongga

Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan untuk gula karamel:
    • 1/4 cawan gula + 1 sudu besar gula
    • 3 sudu besar air
  • Bahan-bahan untuk puding:
    • 5 biji telur, saiz B
    • 1 tin susu cair
    • 150ml air
    • 1/4 cawan gula
    • 1 sudu kecil esen vanila

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk gula karamel:
    1. Panaskan gula dan air di dalam periuk di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru kacau sekata.
    2. Tuang dalam loyang berukuran 6 inci dan ketepikan.
  2. Cara-cara untuk puding karamel:
    1. Dalam mangkuk, satukan semua bahan menggunakan whisk. Pastikan gula cair dan jangan terlebih pukul sehingga adunan sehingga berbuih. Cukup sekadar adunan larut dan sebati.
    2. Tapiskan adunan ke dalam loyang gula karamel. Tuang dengan berhati-hati supaya lapisan bawah karamel tidak terjejas.
    3. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak bertakung sewaktu dikukus. Kukus selama 30-35 minit minit, atau sehingga puding menjadi pejal.
    4. Boleh juga menggunakan kaedah waterbath dan bakar di dalam oven pada suhu 170°C, selama anggaran 40-45 minit.

Tips:

  • Boleh juga sediakan puding karamel menggunakan kaedah ‘water bath’ atau ‘bain marie’ dan bakar di dalam oven pada suhu 170°C, selama anggaran 40-45 minit. Kaedah ini menghasilkan puding yang lebih licin dan tidak berongga.
  • Caranya ialah dengan meletak air panas ke dalam loyang yang lebih besar, kemudian letakkan loyang puding karamel yang telah di tutup dengan kertas aluminium foil dan bakar sehingga masak. Jangan buka oven di sepanjang proses memasak kerana wap air akak meruap keluar dan mengganggu hasil puding nanti.

Sumber: Che’ Nom

Published by Reno Cookies

" mm..dapnyeee..tau tau habes! "

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: