JENIS KRIM PUTAR YANG PATUT ANDA TAHU

Krim putar atau whipping cream merupakan krim yang diadun dengan pengadun atau pemukul sehingga teksturnya menjadi kembang dan ringan.

Krim putar selalunya digunakan dalam bidang bakeri untuk dijadikan hiasan atau bahan utama untuk pencuci mulut. Rasanya yang manis membuatkan ia menjadi penambah rasa yang sempurna.

Ia juga boleh digunakan sebagai bahan utama untuk memekatkan tekstur sesebuah hidangan, menyebabkan ia digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Krim putar juga mempunyai jenis yang tersendiri. Untuk itu, berikut kami senaraikan 5 jenis krim putar untuk anda. Teruskan membaca!

1. Krim Putar Tenusu

Antara jenis utama untuk krim putar ialah krim putar tenusu. Agak-agaknya apa beza krim putar ini dengan yang bukan tenusu?

Krim putar ini teksturnya lebih berat dan tebal berbanding krim putar bukan tenusu. Ianya juga lebih pekat.

Krim putar tenusu ini sesuai dijadikan sebagai bahan yang dimasukkan ke dalam adunan pencuci mulut. Ianya tidak sesuai dijadikan sebagai hiasan kerana ianya pekat dan berat.

Ianya juga mempunyai kandungan lemak yang lebih banyak berbanding krim putar bukan tenusu, sekitar 35% peratus lemak. Disebabkan tekstur yang pekat, ia juga sesuai digunakan untuk memekatkan adunan.

Contoh penggunaannya ialah untuk ganache coklat, di mana ianya digunakan untuk memekatkan ganache tersebut dan menambahkan rasa berkrim.

2. Krim Putar Bukan Tenusu

Ini pula antara variasi krim putar yang paling popular dan kerap diburu ā€“ krim putar bukan tenusu. Agak-agak mengapa ia begitu laris terjual?

Krim putar bukan tenusu ini mempunyai tekstur krim yang ringan dan tidak terlalu pekat. Namun, rasanya masih manis dan tidak tawar.

Disebabkan oleh teksturnya yang ringan, ianya sesuai digunakan untuk dijadikan hiasan di atas kek. Krim yang biasa anda lihat di atas pencuci mulut itu sebenarnya krim putar bukan tenusu, sangat menarik!

Walaupun ianya sesuai digunakan sebagai krim hiasan, perlu diingatkan yang krim jenis ini tidak seharusnya ditambahkan dengan gula kerana rasanya yang sudah cukup manis.

Untuk menjadikannya sebagai krim hiasan, anda hanya perlu memukul krim putar ini sehingga kembang dan mempunyai tanduk. Setelah itu, boleh masukkannya ke dalam piping bag untuk menghias kek.

3. Krim Putar Berat

Krim putar berat ini merupakan antara krim putar jenis tenusu. Nama pun berat, semestinya ianya jatuh dalam kategori krim putar tenusu.

Produk ini mempunyai lemak antara 36 dan 38 peratus. Ia menghasilkan topping krim yang lebih padat dan stabil daripada berbanding krim putar jenis ringan.

Apabila dipukul pada kelajuan yang tinggi, saiznya akan berganda lebih besar. Teksturnya juga pekat dan sama seperti namanya, ianya juga berat.

Ianya juga tidak mudah cair. Jadi, jika anda perlukan krim hiasan yang mampu bertahan untuk berjam-jam lamanya, inilah jenis yang wajib anda pilih.

4. Krim Putar Ringan

Berlawanan dengan krim putar berat, krim putar ringan ini pula merupakan krim putar jenis bukan tenusu.

Disebabkan itu, ianya mempunyai kandungan lemak yang kurang berbanding krim putar berat dan krim putar tenusu yang lain.

Menurut FDA, krim putar ringan mengandungi antara 30 hingga 35 peratus lemak susu sahaja. Disebabkan itu, ia tidak sesuai digunakan untuk digunakan sebagai krim hiasan untuk pencuci mulut.

Ianya masih boleh dipukul hingga menjadi bertanduk, dan ia sesuai digunakan sebagai krim untuk pencuci mulut yang sejuk seperti kek keju Oreo.

Ianya juga boleh digunakan sebagai alternatif yang lebih sihat untuk krim putar kerana kandungan lemak yang rendah. Ia boleh ditambahkan dalam overnight oats untuk tekstur yang lebih berkrim.

Menurut FDA, krim putar ringan mengandungi antara 30 hingga 35 peratus lemak susu sahaja. Disebabkan itu, ia tidak sesuai digunakan untuk digunakan sebagai krim hiasan untuk pencuci mulut.

Ianya masih boleh dipukul hingga menjadi bertanduk, dan ia sesuai digunakan sebagai krim untuk pencuci mulut yang sejuk seperti kek keju Oreo.

Ianya juga boleh digunakan sebagai alternatif yang lebih sihat untuk krim putar kerana kandungan lemak yang rendah. Ia boleh ditambahkan dalam overnight oats untuk tekstur yang lebih berkrim.

Ia mengandungi kadar lemak susu yang sangat tinggi iaitu sekitar 48%. Rasanya lebih berkrim dan manis berbanding krim putar yang lain.

Ianya juga mudah untuk menebal dan terlebih pukul. Jadi, anda seharusnya memukul krim putar ini dengan perlahan.

Krim putar double dapat digunakan untuk menghias buah dan puding, digunakan dalam masakan atau diletakkan di atas pencuci mulut dan kek.

5. Manufacturing Cream

Anda mesti ingat yang krim putar yang paling berat ialah double cream, bukan? Sebenarnya, ada krim putar lain yang lebih berat dari itu.

Ianya adalah manufacturing cream. Bukan sahaja lebih berat, tekstur dan kandungan lemak susunya juga lebih pekat.

Ia mempunyai peratus lemak susu yang tinggi, iaitu sekitar 40 ā€“ 50%. Kanungan lemak yang tinggi ini menjadikan krim putar sangat stabil walaupun digunakan dalam jangka masa yang panjang,

Seperti namanya, krim putar ini selalunya digunakan untuk bakeri yang komersial sahaja kerana ianya juga susah untuk didapati.

Kesimpulan

Bagaimana? Sudah jumpa jenis krim putar yang ingin anda cuba? Atau rambang mata kerana semuanya kelihatan menarik untuk dinikmati?

Tidak mengapa, cuba sahaja satu-persatu, kerana setiap jenis yang disenaraikan ini mempunyai keistimewaan dan kegunaan yang tersendiri. Selamat mencuba!

Sumber: Saji.my

Published by Reno Cookies

" mm..dapnyeee..tau tau habes! "

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: