RESEPI KEK PISANG

Assalamualaikum, hari ini Renocookies nak kongsikan resepi kek pisang yang gebu dan senang. Kek pisang ini amatlah sesuai untuk dijadikan sebagai hidangan kudapan pada waktu petang terutama dalam jamuan pejabat atau semasa mesyuarat kerana ia mudah dihidangkan, tahan lama, tidak melekit atau mengotorkan dan rasanya juga sedap. Resepinya adalah:

Bahan bahan:

4 biji pisang emas – lecek (guna 5 biji)

1 cawan gula kaster

1 cawan minyak jagung

4 biji telur gred A (saya guna gred B)

Bahan ayak:

1 1/2 cawan tepung gandum

1 sudu kecil soda bicarbonat

1 sudu kecil baking powder

Bahan lain:

1 sudu besar jus limau nipis (tak letak)

1 sudu kecil esen vanila (guna vanilla extract)

Cara cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sapukan mentega pada loyang. Ketepikan. 
    Putar gula, telur dan minyak dlm anggaran 3-5 minit @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata. 
  2. Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula. 
  3. Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak. 

Nota: Apabila permukaan atas telah perang, saya kurangkan suhu ke 150C. Saya bakar selama 1 jam. 

Sumber: Azie Kitchen

Published by Reno Cookies

" mm..dapnyeee..tau tau habes! "

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: