PETUA BISKUT RAYA TAHAN LAMA DAN TIDAK LEMAU

Apabila berkunjung ke rumah saudara mara ketika hari raya, biskut raya sudah semestinya akan menjadi tarikan utama kepada si pengunjung. Mereka akan memilih pelbagai biskut mengikut rupa, jenis dan juga rasa yang mereka inginkan. Sebagai tuan rumah, amatlah penting bagi memelihara rasa biskut terutama sekali, teksturnya. Kita akan memastikan agar biskut disimpan di bekas yang kedap udara. Tahukah, sebenarnya terdapat beberapa tips ataupun petua lain bagi mengelakkan biskut lemau ataupun tahan lebih lama dan juga sentiasa sedap? Tips nya adalah:

  • JEMUR TEPUNG DAN GULA TERLEBIH DAHULU

Menjemur tepung dan gula akan menghasilkan biskut yang ringan. Jika tiada ruang untuk menjemur tepung dan gula, boleh juga disangai di dalam kuali sebelum digunakan.

  • SEJUKKAN BISKUT SEBELUM DISIMPAN

Selepas mengeluarkan biskut daripada ketuhar, seharusnya disejukkan di atas dulang. Selepas beberapa minit, barulah biskut disimpan di dalam balang untuk mengelakkan wap meresap dalam biskut.

  • PASTIKAN BALANG BETUL BETUL KERING

Pastikan baling betul-betul kering dan tiada air bagi mengelakkan biskut rosak apabila dalam keadaan lembap.

  • ALASKAN DENGAN KERTAS MINYAK

Untuk biskut yang berasakan minyak seperti tat, biskut mentega dan sebagainya, pastikan setiap lapis dialas dengan kertas minyak apabila menyimpan di dalam balang kerana ia dapat menyerap lebihan minyak serta memastikan biskut sentiasa kering.

  • ASINGKAN SETIAP JENIS BISKUT DALAM BEKAS BERLAINAN

Setiap biskut di adun dengan bahan yang berbeza. Bagi mengelakkan biskut menjadi lemau, elakkan dari mencampur biskut berlainan di dalam bekas yang sama.

  • GUNA BUNJUT GARAM

Untuk pengetahuan anda semua, garam boleh berfungsi sebagai agen penyerap lembapan. Oleh itu, bagi memastikan biskut sentiasa rangup, caranya ialah bungkus satu atau dua sudu teh garam ke dalam balang.

  • TABUR GULA DALAM BEKAS

Untuk mengelakkan biskut menjadi tengik dan hapak, taburkan gula ke dalam balang yang mengandungi biskut.

  • PANGGANG KEKACANG TERLEBIH DAHULU

Jika membuat biskut berasaskan kekacang, pastikan ia dipanggang terlebih dahulu, sebelum dimasukkan ke dalam adunan biskut. Kekacang yang tidak dipanggang terlebih dahulu akan cepat lemau dan tengik. Elakkan menggoreng kacang kerana ia akan menyebabkan biskut lebih berminyak.

Published by Reno Cookies

" mm..dapnyeee..tau tau habes! "

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: