Resepi Biskut Mazola Mudah

Biskut Mazola boleh jadi pilihan untuk anda yang tengah mencari biskut untuk kudapan. Untuk makan sebagai kudapan harian mahupun sebagai kudapan hari raya. Selain makanan berat tentu biskut juga jadi menu wajib ada atas meja. Sebelum sambut hari raya, ramai orang yang bingung mahu menghidang biskut apa masa raya tersebut. Tapi  Jom baca resepi perkongsian berikut ini.

Tanpa buang masa, jom cuba resepi yang mendapat perkongsian ramai ini. Resepi biskut mazola teramat mudah yang dikongsikan oleh Afieza Ariffin di Facebook. Buat sekarang juga dan nikmati resipi biskut mazola yang mudah dan ringkas ini.

Bahan-bahanya:-

  • 1 kg kacang tanah kisar (ada jual di supermarket untuk buat kuah kacang).
  • 1 kg tepung gandum (1 bungkus).
  • 700 ml minyak mazola (1 botol setara 1 liter, jangan habiskan)
  • 2 cawan gula icing (atau 1 cawan gula icing 1 cawan gula perang lembut)
  • 1 sudu makan garam halus
  • Kacang untuk hiasan
  • Kuning telur untuk hiasan

1. Masukkan 1 kg kacang kisar dalam bekas.

2. Tambahkan 1 sudu makan garam.

3. 1 kg tepung gandum, habiskan sebungkus.

4. 1 cawan gula perang, sama rata jangan buat bukit atau gunung pula. Kalau tak suka boleh masuk gula icing semua.

5. 1 cawan gula icing, gaul rata semua bahan lepas itu masukkan minyak dan gaul lagi.

6. Bentukkan dengan sudu sukatan 1/2 sudu makan.

7. Letak kacang dan sapu kuning telur.

8. Siap bakar selama 15 minit, 160’C.

Published by Reno Cookies

" mm..dapnyeee..tau tau habes! "

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: