Rahsia Garam?

Penggunaan garam yang tinggi dalam makanan boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan, tetapi ia sebenarnya penting dalam masakan untuk seimbangkan rasa. Kebiasaannya kita hanya sedar botol garam yang ada di dapur itu hanya digunakan ketika memasak sahaja. Sebenarnya fungsi garam hanya bukan untuk penyedap makanan, sebaliknya ia mempunyai pelbagai kegunaan penting di rumah anda. Rahsia besar kegunaan garam adalah ia mampu menjadikan rumah anda kelihatan bersih tanpa kotoran degil yang melekat di meja mahupun bahagian dapur.

Halau semut

Gunakan garam untuk menghalau semut yang berbaris di mana-mana bahagian rumah anda dengan meletak seketul garam di laluannnya. Lebih elok jika anda letakkan garam tempat semut-semut ini berkumpul.

Cuci pintu dan cermin rumah

Kerja rumah paling malas adalah tiba masanya untuk mencuci tingkap atau pintu rumah. Menjelang Hari Raya Aidilfitri ini, apa kata anda gunakan petua ini untuk menjadikan rumah dan jendela anda bersih bersinar. Semburkan sedikit cuka epal dan biarkan seketika. Selepas itu anda bersihkan bahagian tersebut dengan air garam yang dicampur dengan baking soda. Bilas dengan air suam, dan lihatlah hasilnya!

Hilangkan kotoran

Sekiranya meja makan atau bahagian memasak kotor dengan sisa-sisa makanan atau susu serta kuah, jangan risau kerana ia akan hilang dengan sekelip mata. Campurkan air suam dengan garam dan gosok di bahagian kotoran itu.

Bersihkan bekas minuman

Bahagian dalam bekas minuman atau jug air memang sukar dibersihkan. Tetapi jangan risau kerana dengan memasukkan sesudu garam dan biarkan beberapa minit, kesan-kesan kotoran akan terus hilang. Malah garam juga berfungsi untuk menghilangkan bau pada bekas-bekas makanan.\

Sinki tersumbat

Campurkan garam dengan sedikit baking soda dicampur cuka epal. Kemudian tuangkan dibahagian yang tersumbat. Biarkan 15 minit dan selepas itu anda akan lihat hasilnya.

Published by Reno Cookies

" mm..dapnyeee..tau tau habes! "

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: