Resepi Biskut Makmur

Resepi Biskut Makmur, resepi kuih yang menambahkan lagi kepelbagaian di hari raya. Menggunakan kacang tanah yang dikisar bersama gula icing untuk menambahkan lagi rasa lemak pada biskut Makmur ini. Resepi yang tak asing lagi masa kecil-kecil dulu, memang favorite orang kampung sebab agak senang nak buat biskut ini. Jom kita belajar macam mana nak buat biskut makmur yang cair dimulut ni, resepi daripada Che’ Nom.

Bahan-Bahan:

  • Bahan untuk doh:
    • 500g tepung gandum
    • 2/3 cawan gula icing
    • 1 tin kecil minyak sapi
    • Paper cup
  • Bahan untuk inti:
    • 200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak
    • 3/4 cawan gula icing
    • 1 sudu besar mentega kacang, optional
  • Bahan untuk salut:
    • Sedikit gula icing

Cara Penyediaan:

  1. Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula icing. Gaul adunan bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.
  2. Kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing dan mentega kacang.
  3. Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk pastikan mendapat kuih yang sama besar. Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah. Tutupkan inti dan buat bentuk membujur.
  4. Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah celcius. Kuih mungkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas.
  5. Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.

Tips:

  • Sangai adalah kaedah menggoreng tanpa menggunakan minyak. Untuk sangai tepung gandum, tidak perlukan masa yang lama. Cukup sekadar 4-5 minit sahaja.

Published by Reno Cookies

" mm..dapnyeee..tau tau habes! "

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: