Resepi cookies ala chipsmore

Resepi cookies ala chipsmore

Biskut chipsmore adalah antara kegemaran kanak-kanak yang pasti menjadi pilihan mereka. Dengan teksturnya yang rangup dan bercampur dengan chocolate chip semestinya sedap. Mari kita cuba membuat biskut ala-ala chipsmore ni, Resepi daripada Julia Aleen Aireish.

Bahan-bahan :

1 buku (250gm) buttercup

140 gm gula perang

140 gm gula castor

2 biji telur size A atau B

380 gm tepung gandum

2 tbsp serbuk koko

1 tsp esen vanila

1 tsp soda bikarbonat

1 tsp double action baking powder

hiasan : coklat chips

Langkah

  1. Tepung gandum, soda, double action baking powder, serbuk koko diayak bersama, kemudian ketepikan.
  • Dalam mangkuk pukul manja buttercup bersama dengan gula hingga sebati, guna senduk sahaja
  • Masukkan telur & esen vanila, pukul/kacau sebati
  • Masukkan tepung yg telah diayak tadi, kacau hingga sekata dan sebati, kejadian doh lembut lembik
  • Simpan sebentar dalam peti ais untuk elakkan biskut terlalu kembang semasa bakar, boleh rangupkan biskut juga
  • Sediakan loyang, ambil doh bulat-bulatkan sebesar guli susun atas loyang, letak coklat chips atas doh comel tu, suka hati nak coklat chips banyak mana.
  • Panaskan oven 10 minit
  • Bakar biskut 25 minit suhu 170, atau hingga masak bergantung oven masing-masing. selamat mencuba

Published by Reno Cookies

" mm..dapnyeee..tau tau habes! "

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: