Tips kek ‘Menjadi’

Kita rasa macam penting sangat ilmu nak buat kek ini, jadi kita kongsikan di sini ya. Kena rajin membaca sikit. Ramai lagi beginner kat luar sana yang masih menagih ilmu nak belajar buat kek. Ingat ilmu baking ni mudah ke nak buat, tak ada ilmu jangan harap kata jadi okay. Kalau kebetulan jadi tu Alhamdulillah, kalau yang jenis asyik fail, ada la tu yang tak kena.

1. Periksa Bahan Dan Peralatan
Pastikan bahan yang digunakan masih elok dan belum sampai tarikh luput, masih segar dan tempat penyimpannya sesuai. Seperti telur tidak busuk, tepung tidak hapak dan mentega tidak berkulat atau baking powder masih aktif digunakan.
Untuk mentega, margerin, dan telur yang akan digunakan, simpan di dalam suhu ruang. Peralatan yang digunakan juga harus bersih, kering dan bebas dari lemak.

2. Ikuti Resipi
Pembuatan  kek harus sesuai mengikut sukatan dalam resipi. Tidak boleh main agak-agak seperti kita masak lauk pauk.  Timbang bahan dengan tepat, baca dan pelajari resipi sebelum mula membuat kek. Jika ingin menambah bahan lain yang tidak ada dalam resipi asal, sukatan resepi asal juga harus disesuaikan.  
Kadar berat bahan sangat penting. Contohnya ingin menambah coklat urai pada resipi kek span, maka sukatan tepung yang digunakan juga mesti dikurangkan seberat coklat urai yang ditambah.

3. Cara Memukul Adunan
Gunakan kecepatan rendah ketika memukul telur agar bercampur dengan gula dan bahan lain. Kecepatan ‘whisk’ ditambah bertahap hingga adunan mengembang.


4. Mencampurkan Adunan
Masukkan bahan kering seperti tepung yang telah diayak ke dalam telur yang dipukul sedikit demi sedikit sambil di kacau rata. Kacau perlahan menggunakan spatula dari permukaan adunan sampai ke dasar mangkuk pengadun dengan gerakan memutar dan searah dan jangan lakukan terlalu laju atau lama agar adunan tidak turun atau kempis.

5.  Menuang Cairan
Bila di dalam resipi terdapat bahan cair seperti mentega cair dan susu cair, maka tuang cairan tersebut sedikit demi sedikit ke dalam adunan agar tercampur sempurna. Proses ini dilakukan sambil mengaduk adunan perlahan menggunakan spatula hingga rata. Jika cairan seperti mentega tidak bercampur rata, kek akan menjadi bantat.


6. Pemindahan Ke Loyang
Setelah adunan dituang ke dalam loyang, hentak-hentak loyang terlebih dahulu agar gelembung udara dalam adunan keluar. Ini dapat mencegah kek kempis, permukaan berlubang-lubang dan bantat.

7. Proses Membakar Kek
Pemanasan oven penting dilakukan kira-kira 5-10 minit sebelum kek dibakar. Suhu yang digunakan mestilah sesuai dengan resipi. Bila kek sudah dimasukkan dalam oven, suhu tidak boleh terlalu tinggi atau terlalu rendah. Jika suhu terlalu tinggi bahagian tepi kek cepat masak sedangkan bahagian dalam kek masih mentah. Bila suhu terlalu rendah pula buatkan kek menjadi bantat. Ketika proses membakar juga jangan buka pintu oven sebelum kek mengembang sempurna, kerana adunan kek akan menjadi kempis kerana terkena udara.


8. Menghias Kek
Pastikan kek sudah dingin hingga permukaan mengeras sebelum dihias. Ini dilakukan agar krim atau ganache tidak meleleh. Apabila bahagian tengah kek akan diisi krim atau jem maka belah kek terlebih dahulu. Gunakan pisau bergerigi untuk membelah kek agar hasilnya lebih cantik. Agar potongan menjadi lurus, beri tanda terlebih dahulu di sekeliling kek dengan goresan pisau lalu belah perlahan.

Published by Reno Cookies

" mm..dapnyeee..tau tau habes! "

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: