Resepi Kek Pelangi

Sebut sahaja resepi kek pelangi , terus terbayang dalam minda tekstur kek yang sedang elok dengan sedikit berderai.Itu yang sebetulnya tekstur kek bercorak warna warni ini. Selain daripada kek gula hangus atau sarang semut, kek butter serta kek span, kek pelangi ini menjadi pilihan emak-emak kita dari zaman berzaman sebab penyediaanya yang ringkas dan mudah untuk sajian minum petang. Kali ni kami mahu berikan satu resepi kek pelangi bakar yang anda boleh cuba di rumah dengan bahan-bahan asas serta mudah. Dengan sukatan bahan-bahan yang sama ini, anda boleh gunakan untuk kek pelangi kukus. Cara penyediaan sama sahaja cuma ianya dikukus.Senang kan? Mari kita cuba resepi kek pelangi daripada daridapur.com ni

Bahan – bahan resepi kek pelangi sukatan cawan : |

1 cawan planta

1 cawan gula halus

1 sudu teh esen vanilla

3 biji telur ayam Gred A

2 sudu makan susu pekat manis

2 cawan tepung gandum

1 sudu teh baking powder

Pewarna/perasa pilihan

* Tips Ayak tepung gandum dengan baking powder sekurang- kurangnya dua kali untuk pastikan rata seimbang.

Cara Penyediaan Resepi Kek Pelangi Bakar atau Kukus ini :

1) Dalam bekas, satukan planta,gula halus serta esen vanilla.Pukul hingga adunan menjadi warna putih.Nak cepat gunakan mixer. Baru masukkan telur sebiji dan pukul bagi kembang sedikit baru lah masukkan telur yang kedua,pukul dan telur yang ketiga.

2) Masukkan susu pekat dan kacau rata barulah masukkan tepung gandum yang diayak tadi dalam 3 kali masuk. Jangan kacau kuat setiap kali gandum dimasukkan.Cukup sekadar kaup balik sahaja.Untuk elakkan kek pelangi menjadi keras.

3) Bahagikan kepada beberapa aduan yang anda mahu dan masukkan pewarna atau perasa.Kemudian guna loyang 9 inci yang dah digris serta dialas.Masukkan satu senduk adunan setiap warna dan ulang hingga habis.Panaskan oven 170’C selama 10 minit pada langkah ini.

Nak lorek permukaan kek pelangi dengan corak marble pun boleh atau nak biar kosong pun boleh. Bakar dengan suhu 160’C selama 40-50 minit menggunakan api atas bawah.

Untuk resepi kek pelangi kukus pun sama, selepas dh siap,kukus je sekitar 50-60 minit menggunakan api sederhana.Oh ya pastikan air pengukus dah mendidih ya sebelum masuk.

Lengkap tak tips dan resepi kami beri ? Selamat mencuba ya kek tradisi plihan ini.

Published by Reno Cookies

" mm..dapnyeee..tau tau habes! "

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: