Petua Membuat Biskut yang Rangup

Petua #1: Guna Mentega Tulen

Mentega memang agak mahal berbanding marjerin. Tapi penggunaan butter boleh membuatkan biskut anda menjadi lebih enak, kurang masin, lebih rangup dan lambat berbau tengik. Pilih mentega yang tulen seperti ScS Butter, Anchor, Buttercup, Tatura atau yang tertera lepa susu. Jangan putar mentega terlalu lama kerana ianya akan berminyak dan adunan menjadi lembik.

Petua #2: Bakar Kekacang

Jika ingin masukkan kacang dalam adunan, pastikan kacang digoreng tanpa minyak atau dibakar selama 10 minit 180C

Petua #3: Uli Adunan

Untuk mendapat adunan yang cantik, biarkan mentega dan telur pada suhu bilik. Jangan putar mentega dan gula berlebihan, Cukup hingga berkrim sahaja. Jika terlebih putar menyebabkan adunan menjadi lembut dan akan menyebabkan biskut mengembang bila dibakar.

Petua #4: Rehatkan Adunan

Apabila adunan sudah siap menjadi doh,balut dengan plastic wrap terlebih dahulu. Kemudian simpan dalam peti sejuk selama 3 – 4 jam. Cara ini menjadikan biskut menjadi lebih ranggup seperti cookies dan shortbread cookies. Selepas dikeluarkan dari peti sejuk doh akan menjadi agak keras sedikit. Jika ia terjadi jangan risau uli sahaja doh tadi. Tapi kalau buat biskut biasa tak perlu simpan dalam peti sejuk. Terus tekap dengan acuan dan bakar.

Petua #5: Bahan Tambahan

Anatra bahan lain yang boleh bantu merangupkan biskut adalah Tepung jagung, tepung kastard, tepung ubi, serbuk emplex, gula pasir, serbuk badam dan shortening.

Petua #6: Bijirin

Bagi adunan yang menggunakan bijirin seperti nestum,cornflakes dan oat, adunannya mestilah lembut. Ini kerana bijirin ini akan menyerap lelemak dan akan mengeras setelah direhatkan. Menambah tepung pada papan pencanai juga boleh menjadikan adunan bijirin menjadi keras.

Petua #7: Loyang Pembakar

Untuk membakar biskut, guna loyang pembakar yang tepinya rendah untuk memudahkan aliran haba dari oven pada biskut. Ini akan menjadikan biskut mudah masak dan sekata masaknya. Alas loyang dengan kertas minyak atau gris dengan sedikit mentega. Jangan terlalu banyak menyapu butter pada loyang,ia akan menyebabkan biskut jadi berminyak dan lembab.

Petua #8: Sejukkan Biskut

Bila sudah siap dibakar biskut perlu disejukkan dahulu.  Keluarkan biskut daripada loyang pembakar dan letak di atas tray sehingga betul-betul sejuk sebelum disimpan. Jika biskut belum benar-benar sejuk sudah dimasukkan dalam bekas menyebabkan biskut menjadi lembab dan tidak ranggup.

Petua #9: Menyimpan Biskut

Bila biskut benar-benar sejuk simpan dalam balang kedap udara supaya biskut tidak menjadi lemau dan rosak.

Published by Reno Cookies

" mm..dapnyeee..tau tau habes! "

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: