Resipi Kek Coklat Moist Kegemaran Ramai

Kek coklat moist sememangnya lazat dan menjadi kegemaran ramai. Bagi keluarga yang besar, sebiji kek coklat moist tidak mencukupi. Makan sekeping pasti nak lagi.  Kek ini sangat senang dibuat dan bahan-bahan yang diperlukan juga tidak banyak. Para ibu boleh jadikan baking aktiviti bersama anak-anak. Jom kita cuba resipi dari Rashidah Kamaruddin yang telah mendapat banyak perkongsian. InshaAllah tak mengecewakan 🙂

Bahan untuk kek:

·         1 mug minyak masak
·         1 mug susu cair
·         1 mug susu pekat
·         1 mug serbuk koko
·         1/2 mug gula pasir dikisar halus dulu
·         4 biji telur gred A @ B
·         1 1/2 sudu teh baking powder
·         1 1/2 sudu teh soda bicarbonate1 sudu teh esen vanila
·         1 1/2 mug tepung gandum yang telah diayak.

Bahan untuk topping:

·         4 sudu besar serbuk koko
·         5 sudu besar susu pekat
·         3 sudu besar minyak masak
·         2 sudu besar susu cair.

Cara memasak kek:

1.     Campur semua bahan ke dalam blender kecuali tepung. Kisar menggunakan blender sahaja.
2.     Kisarkan selama 5 minit. Sekiranya anda ingin menggunakan mixer pun boleh, tetapi kacau sebati selama 3 ke 4 minit sahaja.
3.     Kemudian tuangkan adunan kedalam mangkuk yang besar.
4.     Tuangkan tepung sedikit demi sdikit sampai habis dan kacau sebati.
5.     Sapukan acuan atau loyang dgn butter atau minyak. Nota: Jangan lupa tutup loyang dgn plastic wrapping untuk elakkan air masuk ke dalam kek.
6.     Panaskan air didalam periuk kukus dan kukus selama 1 jam atau sampai betul – betul masak. Nota: Anda boleh panaskan air semasa mengisar bahan – bahan tersebut kerana proses untuk buat kek ini sekejap sahaja.

Cara membuat topping:

1.     Campur semua kedalam periuk dan kacau dengan api yang perlahan.
2.     Kacau sehingga sebati.
3.     Kemudian, tuangkan terus ke atas kek.
Siap dan sedia untuk dimakan!

Published by Reno Cookies

" mm..dapnyeee..tau tau habes! "

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: