Petua Menyimpan Biskut agar Lebih Tahan Lama & Kekal Rangup

Petua #1: Sejukkan Biskut Sebelum Disimpan

Biskut yang dah dibakar perlulah dibiarkan sejuk dahulu sebelum disimpan dalam balang. Ini kerana wap yang dihasilkan akan terkumpul dalam balang dan lemaukan biskut.

Petua #2: Simpan di dalam Bekas Kedap Udara

Biskut perlu disimpan di dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kerangupannya.

Petua #3: Simpan di dalam Bekas yang betul-betul Kering & Bersih

Pastikan bekas penyimpanan betul-betul kering dan bersih supaya biskut tidak terdedah dengan kelembapan dan lebih tahan lama.

Petua #4: Alas dengan Kertas Minyak

Pastikan biskut anda dialas dengan kertas minyak. Ini untuk menjamin biskut sentiasa kering.

Petua #5: Asingkan Setiap Jenis Biskut di dalam Bekas Berlainan

Setiap biskut diadun dengan adunan bahan berbeza. Jika dicampur di dalam satu bekas yang sama, biskut akan cepat lemau dan rasanya juga berubah. Oleh itu, pastikan setiap jenis biskut diletakkan dalam bekas yang berbeza.

Petua #6: Masukkan Bunjut Garam

Garam boleh membantu menyerap lembapan. Anda boleh masukkan 2-3 sudu garam ke dalam bunjut dan masukkan bunjut tersebut dalam balang supaya biskut anda kekal rangup.

Petua #7: Masukkan Gula

Gula pula membantu balang biskut anda terhindar dari bau hapak dan tengik.

Published by Reno Cookies

" mm..dapnyeee..tau tau habes! "

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: