Petua Menggunakan Telur untuk Membuat Biskut dan Kek

Telur adalah bahan asas untuk membuat kek atau biskut. Jika salah pilih atau salah cara menggunakannya, hasil kek atau biskut anda tidak akan sebagaimana yang diinginkan. Jadi, amat perlu untuk ambil perhatian soal bahan-bahan dan kandungan setiap pembuatan kek dan biskut.

Petua yang diberikan ini adalah untuk memastikan kek, biskut atau kuih yang dibuat menggunakan telur akan rasa lebih enak, gebu dan juga tidak ada bau hanyir telur.

  1. Pastikan hanya telur segar digunakan untuk membuat kek atau biskut. Uji kesegaran telur dengan meletakkan telur ke dalam gelas berisi air. Jika telur tenggelam ke dasar, bermakna telur masih segar.
  2. Telur yang masih segar, warna kulitnya cerah. Telur yang sudah agak lama, akan nampak sedikit kusam dan timbul bintik-bintik hitam.
  3. Untuk membuat biskut jangan gunakan telur bersaiz AA kerana kandungan cecair yang berlebihan akan membuatkan doh lembik. Cukup sekadar telur saiz B.
  4. Untuk mengurangkan bau hanyir telur, campurkan sedikit esen vanilla.
  5. Jika resepi kuih atau biskut memerlukan anda untuk pisahkan kuning dan putih telur, buat ketika ia dalam keadaan sejuk. Kuning telur dan putih telur mudah dipisahkan jika telur sejuk.
  6. Apabila memukul putih telur, mulakan pada kelajuan perlahan terlebih dahulu dan tambah tahap kelajuan hingga adunan gebu dan ringan.
  7. Jangan simpan telur terlalu lama di dalam peti sejuk, kerana telur akan menjadi ringan.
  8. Jika ingin kek gebu dan ringan, pukul telur sehingga kembang. Lebih lama lebih baik.
  9. Ramai akan simpan telur dalam peti ais. Jadi, apabila nak menggunakan telur tersebut bagi tujuan buat kek dan biskut, keluarkan telur sekurang-kurangnya 30 minit dari peti ais sebelum digunakan.

Published by Reno Cookies

" mm..dapnyeee..tau tau habes! "

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: