Resipi Biskut Almond London yang rangup

Biskut Almond London memang biskut yang legend untuk dihidang pada tetamu. Rasanya yang rangup dibaluti coklat penuh memang diminati ramai. Makan sekali pasti nak lagi!.  
Pada resepi kali ini, kami akan berkongsi kepada anda resepi yang dikongsikan oleh MyResipi. Jom cuba!

Bahan-bahan diperlukan:

·         250 gm butter
·          2 1/2 cawan tepung gandum ( 250 gm )
·         1/2 cawan nestum ( 50 gm ) ( dikisar halus )
·         1 cawan tepung jagung ( 100 gm )
·         1 cawan gula aising ( 100 gm )
·         1 biji kuning telur
·         Badam biji di panggang secukupnya
·         Badam cincang untuk hiasan
·         Coklat masakan secukupnya
·         Mangkuk kertas/ paper cup – warna hitam yang paling sesuai
·         Sedikit minyak jagung

Cara menyediakan:

1.     Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga rata.
2.     Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
3.     Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat, mengikut citarasa sendiri.
4.     Bakar pada suhu 180’C selama 20 minit atau sehingga masak. Kemudian sejukkan sebelum proses menyalut coklat.
5.     Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung atau minyak masak biasa dalam anggaran 2 sudu makan. Untuk dapatkan hasil coklat berkilat, gunakan kaedah double boiler. Caranya adalah dalam periuk bawah isi air letak tin atau apa-apa peralatan untuk lapik bagi meletak periuk yang berisi coklat masakan tadi.
6.     Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji demi biji.
7.     Kemudian isi biskut yang disaluti coklat dalam paper cup dan tabur badam cincang.
8.     Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara.

Published by Reno Cookies

" mm..dapnyeee..tau tau habes! "

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: